Notre-Dame de Nice
Notre-Dame de Nice

Notre-Dame de Nice

Basilika Notre-Dame de Nice (Bahasa Perancis: Basilique Notre-Dame de Nice) ialah basilika Roman Katolik yang terletak di Avenue Jean Médecin di tengah Nice, Perancis. Ia dalam tradisi seni bina Neo-Goth.Basilika ini dibina antara tahun 1864 dan 1868, direka oleh Louis Lenormand dan merupakan gereja terbesar di Nice,[1] tetapi bukan sebuah katedral.Diilhamkan oleh Katedral Angers, ia dibina dalam gaya Goth. Pembinaannya terdorong oleh hasrat memperanciskan bandar tersebut selepas Kaunti Nice diilhakkan pada Perancis daripada Kerajaan Sardinia, dan pada masa itu bangunan Goth dikatakan bercirikan Perancis. Ciri utamanya ialah dua menara segi empat sama berketinggian 65 m, yang menonjol depan timur bersama dengan tingkap mawar besar yang menonjolkam babak Maria diangkat ke Syurga.